APMT @GEMPADAH


22 November 2009 - APMT Dun Kuala Besut telah terlibat secara langsung dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dengan membuka kaunter bergerak semakan daftar pemilih serta pendaftaran baru bagi yang belum mendaftar sebagai pemilih. Walaupun dalam keadaan hujan dan banjir, sambutan dari penduduk setempat amat menggalakkan. Bermacam-macam acara yang dijalankan. Antaranya adalah pertandingan mewarna bagi kanak-kanak, pertandingan motor lambat, dan bermacam lagi. Kaunter APMT tidak putus-putus dengan kehadiran orang ramai yang ingin mendaftar dan menyemak status pendaftaran pengundi.

Antara pengunjung-pengunjung kaunter APMT


Boss tengah bertugas dengan SPR n PPS Dun


Ketua Unit APMT


Antara hamper-hamper yang disediakan untuk cabutan bertuah


Semua tengah bersemangat untuk menghias kaunter~


Banner~


Sebahagian pegawai APMT yang bertugas pada hari kejadian =)

APMT buka gerai semakan pendaftaran pilihanraya


KUALA BESUT – Kakitangan Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) mampu melaksanakan pelbagai tugas, termasuk menguruskan proses semakan dan pendaftaran pemilih.

APMT Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, misalnya mengambil langkah proaktif membuka gerai semakan dan pendaftaran pemilih Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bagi membantu orang ramai melakukan urusan berkaitan.

Ketua Penyelia APMT Kuala Besut, Norazila Mohamad berkata, respons orang ramai amat baik ketika kali pertama APMT DUN ini membuka gerai daftar pemilih dalam satu program di Kampung Air Terjun.

Menurutnya, seramai 30 orang mendaftar sebagai pemilih pilihan raya pada majlis berkenaan dan jumlah itu dianggap ramai memandangkan ia hanya membabitkan penduduk kampung tersebut sahaja dan diadakan pada sebelah malam.

“Kami bekerjasama dengan Pegawai Pendaftar Sementara (PPS) dan membantu orang ramai mendaftar sebagai pemilih selepas dilakukan semakan mengesahkan mereka belum mendaftar. “Pendaftaran dilakukan secara talian terus dengan SPR,” katanya yang dibantu 16 kakitangan APMT.

Norazila berkata, program seperti itu akan diteruskan pada masa-masa akan datang dengan kerjasama JKKK atau mana-mana agensi yang ingin mengadakan sebarang majlis.

** Sumber: www.sinarharian.com.my

Video - Majlis Korban Pejabat Penyelaras DUN Kuala Besut


video

sesiapa yang gerun jangan tengok...

KENALI ANGGOTA APMT



NAMA : Mohd Zulkhori Bin Daud
JAWATAN : Pembantu Pembangunan Masyarakat Terenggenu
ALAMAT : Kampung Tok has, 22200 Kuala Besut, Terengganu
No. Tel : 019 9994953

Pengenalan


Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu atau nama singkatannya APMT telah dipersetujui oleh Yang Amat Berhormat Dato' Ahmad Bin Said, Menteri Besar Terengganu secara rasmi dan akan mula berkuatkuasa pada 1 April 2009.

APMT di tubuhkan adalah kesinambungan daripada tugas-tugas Unit Terengganu Bestari atau lebih dikenali sebagai U-BEST. Di mana fokus utama APMT kali ini lebih serius kepada "daftar pemilih" dan "keahlian UMNO". Memandangkan kita perlu bekerja keras dan membuat persediaan awal bagi menghadapi Pilihanraya ke 13.

Di Kuala Besut, Organisasi APMT akan di anggotai oleh :
  • Ketua Penyelia Pembangunan Masyarakat Terengganu

  • 2 orang Penyelia Pembangunan Masyarakat Terengganu

  • 13 orang Pembantu Pembangunan Masyarakat Terengganu.